Tuesday, 7 February 2017

      RANCANGAN MALAYSIA KEENAM (1991-1995)


OBJEKTIF/ MATLAMAT:
  • Mengekalkan momentum pembangunan pesat ekonomi negara.
  • Mengurus kejayaan ekonomi negara supaya matlamat pembangunan seimbang tercapai.
PERLAKSANAAN/ KEJAYAAN:
  • Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam ekonomi negara dan menyegerakan program penswastaan
  • Megurangkan perbelanjaan tidak produktif.
  • Mengekalkan dasar liberalisasi, pelonggaran peratusan dan undang undang untuk membaiki iklim pelaburan.
  • Mengubah struktur industri sedia ada kepada penggunaan teknologi yang lebih canggih dan keluaran yang lebih bermutu. 

      RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH (1996 - 2001)



OBJEKTIF/ MATLAMAT:
  • Mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dengan strategi peningkatan produktif dan memperkuat daya tahan ekonomi negara.
  • Pembasmian kemiskinan dan pengagihan pendapatan turut diberi keutamaan.
  • Mempertingkatkan guna tenaga, pendidikan dan latihan.
  • Pembangunan kemasyarakatan seperti perumahan, kesihatan, khidmat sosial dan insfrastruktur ditekankan.
  • Menggiatkan program penswastaan bagi meringankan beban kerajaan.
PELAKSANAAN/ KEJAYAAN:
  • Melaksanakan projek-projek yang dapat menjana pendapatan dan memperbaik perhubungan seperti KLIA, Hubungan Malaysia - singapura, MEASAT dan lain lain.
  • Menyediakan kemudahan bagi meningkatkan kualiti hidup golongan miskin.
  • Penempatan semula setinggan, projek perumahan kos rendah dan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)
  • Menambah peluang pendidikan dan latihan dengan menambah jumlah universiti/ pusat pengajian tinggi.
  •  Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat pertumbuhan negara purata 4.7% setahun, melepasi sasaran 30% langkah pemulihan ekonomi telah meningkatkan penggunaan dan membendung inflasi.
  • Kadar pengangguran kekal paras rendah 3% manakala Indeks Harga Pengguna turun kepada 1.6% pada tahun 2000
 
      RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN (2002 - 2006)


OBJEKTIF/ MATLAMAT:
  • Memperkukuhkan keupayaan, kebolehan dan keazaman negara bagi menghadapi cabaran masa hadapan.
  • Penekanan kepada perpaduan melalui pembangunan sosioekonomi.
PELAKSANAAN/ KEJAYAAN:
  • Masih menekankan peningkatan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) terutama melalui teknologi maklumat dan komunikasi.
  • Dasar penswastaan diperkukuhkan . Menggalakkan pelaburan asing (FDI) terutama dalam sektor teknologi tinggi.
  • Pengenalan program Rakan Muda bagi tujuan memperkukuhkan nilai dan etika.

      RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (2007 - 2011) 


OBJEKTIF/ MATLAMAT: 
  • Matlamat utama adalah memberikan tumpuan kepada permulaan fasa kedua.
  • Wawasan 2020 dengan memberi keutamaan kepada aspek-aspek pembangunan insaniah bagi membantu pembangunan fizikal.
PELAKSANAAN/ KEJAYAAN:
  • Memastikan pengagihan ekonomi yang saksama.
  • Meningkatkan usaha membasmi kemiskinan terutama dalam kalangan rakyat termiskin di luar bandar
  • Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera, pengagihan pendapatan antara kaum dan pembangunan masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)
  • Menyediakan kemudahan perkhidmatan yang cekap dan berkesan.
  • Menggalakkan kemudahan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana.
  • Merancakkan program penswastaan.

     RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH:


OBJEKTIF/ MATLAMAT:
  • Memacu ekonomi berdasarkan faktor dalam negara.
  • Memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk kejayaan antarabangsa.
  • Mentransformasikan negara berpendapatan tinggi. Pertumbuhan berasaskan produktiviti dan inovasi.
  • Mengekalkan modal insan.
  • Memanfaatkan peluang sama rata, perkongsian pintar 
  • Menghargai khazanah negara.
PELAKSANAAN/ KEJAYAAN:
  • Pembangunan berasaskan kekuatan negara.
  • Mewujudkan persekitaran untuk menjayakan pertumbuhan ekonomi.
  • Menuju kearah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.
  • Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.
  • Mewujudkan persekitaran ke arah meningkatkan kualiti hidup.
  • Mentransformasikan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia.




No comments:

Post a Comment