DASAR PEMBANGUNAN BELIA
NEGARA
Dasar Pembangunan Belia Negara dirancang untuk melahirkan generasi belia
yang berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan Negara. Dasar ini
diwujudkan adalah untuk memastikan keupayaan belia mengembleng kekuatan, ketahanan
pembangunan social, ekonomi dan politik Negara.
Matlamat Dasar
Pembangunan Belia Negara adalah untuk mewujudkan belia Malaysia yang memiliki
peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah,
tanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela, patriotic serta menjadi
penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan Negara selaras
dengan Wawasan 2020.
Beberapa strategi akan
dilaksanakan untuk mencapai dasar ini, antaranya ialah:
1.
Pembangunan ilmu -
usaha
dipertingkatkan ke arah memperkembangkan ilmu pengetahuan dalam berbagai-bagai
aspek sebagai tunggak kepada pembangunan dan kemantapan generasi belia.
2.
Pembentukan sikap - usaha kea rah penerapan nilai-nilai murni dan
pembentukan sikap yang positif dan kreatif akan dipupuk dalam kalangan belia.
3.
Pembangunan kemahiran dan keusahawanan - mempersiapkan belia dengan teknologi terkini,
kemahiran teknik dan vokasional serta kegiatan keusahawanan selaras dengan
kehendak pembangunan Negara.
4.
Pemupukan gaya hidup sihat - digalakkan
menyertai persatuan atau aktiviti sukarela yang dapat melahirkan
pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dan berkualiti.
5.
Kemudahan interaksi social -
mempertingkatkan kemudahan yang sesuai bagi menggalakkan aktiviti dan interaksi
social yang sihat dalam kalangan belia dan masyarakat.
6.
Perkongsian dalam pembangunan -
memanfaatkan perkongsian dan kerjasama antara agensi kerajaan, swasta dan
pertubuhan bukan kerajaan untuk pembangunan generasi belia.
7.
Jaringan hubungan antarabangsa -
menggalakkan generasi belia meningkatkan jaringan dan interaksi dengan
masyarakat antarabangsa.
Prinsip
perlaksanaan dasar ialah menyelaraskan semua program dan aktiviti berasaskan
strategi dan pelan tindakan yang telah ditentukan berteraskan kepada
prinsip-prinsip Rukun Negara dan dasar-dasar utama Negara yang berkaitan. Dasar
ini menjadi panduan kepada semua pihak untuk merancang dan melaksanakan
aktiviti atau program untuk memperkasa pembangunan belia pada masa akan datang.
PELAN INTEGRITI NASIONAL
Pelan Integriti
Nasional (PIN) digubal dan dilancarkan untuk meningkatkan kesedaran, komitmen
dan kerjasama daripada pelbagai sektor negara dan lapisan masyarakat supaya
membudayakan integrity. Tujuan PIN adalah untuk menjadikan integriti sebagai
budaya masyarakat, memperkukuhkan asas moral masyarakat dan negara dalam usaha
menangani cabaran globalisasi.
Rasional PIN
adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia mengikut acuan sendiri menjelang
tahun 2020. Fokus terpenting ialah peningkatan dan pemantapan etika serta
integriti yang perlu menjadi budaya masyarakat. Pembangunan dan pertumbuhan
negara yang dicapai setakat ini banyak didasari oleh pengukuhan elemen
nilai-nilai murni, integriti, ketelusan dan akauntabiliti.
Petunjuk
prestasi utama (KPI) digunakan keberhasilan usaha dan gerakan membudayakan
integriti masyarakat Malaysia sebagai Bidang Keberhasilan Utama (Key Result
Area - KRA) digariskan. Gabungan dua cara penilaian keberkesanan pelaksanaan
strategi dan program agenda integriti digariskan dalam PIN terus dilaksanakan
dan diberikan nilai tambah.
Tiga pendekatan
yang digunakan adalah seperti berikut:
1.
Laporan
dan resolusi oleh stakeholders terdiri daripada pelbagai sektor masyarakat
melalui konvesyen, persidangan , seminar, forum atau kursus integriti yang
diadakan secara berkala.
2.
Maklum
balas melalui soal selidik dan kajian yang dijalankan terhadap para peserta
konvesyen, persidangan dan kursus yang dijalankan.
3.
Kajian
mengenai nilai, etika dan integriti yang dijalankan dari masa ke semasa atas
tajuk-tajuk khusus dengan memilih sampel secara rawak daripada pelbagai sektor
masyarakat diseluruh negara.
PIN diteruskan pada fasa kedua mulai tahun 2009 dengan memperkenalkan
lima tekad integriti, iaitu merangkumi yang berikut:
1.
Tekad integriti satu - memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna
kuasa secara menyeluruh dan berkesan.
2.
Tekad integriti dua - meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian
perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokasi.
3.
Tekad integriti tiga - meningkatkan tadbir urus korporat, etika perniagaan
dan tanggungjawab sosial korporat.
4.
Tekad integriti empat - memantapkan institusi keluarga dan komuniti.
5.
Tekad integrity lima - meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan
masyarakat.
KESIMPULAN
Pelaksanaan
pelbagai dasar, perancangan dan strategi serta pelan tindakan untuk setiap
institusi dan sektordalam masyarakat dan negara digariskan bagi meningkatkan
pembangunan yang seimbang dan lestari. Semua ini akan menyumbang kepada
kestabilan politik dan keharmonian rakyat pelbagai kaum serta peningkatan
kesejahteraan hidup rakyat. Di samping itu, PIN merupakan kesinambungan dan
penterjemahan falsafah, prinsip dan matlamat yang hendak dicapai dalam
perlembagaan persekutuan dan rukun negara dengan mengambil kira pelbagai
perkembangan dan cabaran baharu.
No comments:
Post a Comment