Dasar-dasar Utama Malaysia
Mengurangkan
dan menghapuskan Dalam tempoh 20 tahun pelaksanaan DEB (1970-1990) dan Rangka
Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1), ekonomi malaysia telah berkembang
pesat dan mengagumkan walaupun menghadapi pelbagai masalah dan cabaran.
Kerajaan melancarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) berasaskan
Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Matlamat utama DPN ialah membentuk masyarakat
bersatu padu di samping membina kestabilan politik, ekonomi dan sosial.
DPN digiubal merangkumi perkara-perkara yang
berikut:
1. Mewujudkan pertumbuhan
ekonomi yang seimbang dan pengagihan yang saksama.
2. Memastikan pembangunan
yang seimbang bagi semua sektor ekonomi yang utama dan pertumbuhan saksama.
3. suasana sosial dan ekonomi
yang tidak seimbang serta menggalakkan perkongsian yang adil daripada
pembangunan negara.
4. Menggalak dan teras
penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi.
5. Memastikan perlindungan
alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan
negara dapat dikekalkan secara berterusan.
6. Mengukuhkan integrasi
nasional menerusi pengurangan atau menghapuskan jurang perbezaan pembangunan
ekonomi di antara negeri-negeri dan kawasan-kawasan.
7. Membangunkan sebuah
masyarakat yang maju dan dapat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi.
8. Memajukan pembangunan sumber manusia dan
mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif.
DSN
juga memberi focus pada strategi-strategi yang berikut:
1. Hasil pencapaian yang
berkualiti dan berkekalan.
2. Persaingan dalam pasaran
antarabangsa.
3. Wawasan 2020—menjelang
tahun 2020, Malaysia akan muncul sebagai sebuah negara maju.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan dibuat dengan mempertimbangkan
fakta-fakta sejarah serantau dan kedudukan negara sebagai pusat tamadun serta
pusat pertemuan bagi aktiviti perdagangan serantau. Sebagai satu proses
berterusan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan berteraskan tiga prinsip yang berikut:
1. Berteraskan Kebudayaan
rakyat asal rantau ini yang merupakan pemancaran dan pengembangan warisan
kebudayaan Melayu sejak zaman-berzaman dan ditambah dengan kegemilangan serta
keagungan tamadun Melayu.
2. Unsur-unsur kebudayaan
lain yang sesuai dan wajar. Prinsip ini bertempatan dengan penduduk berbilang
kaum, iaitu, Melayu, Cina, India, Arab dan lain-lain dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan.
3. Islam menjadi unsur
penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Kedatangan Islam ke Tanah
Melayu membawa satu perubahan terhadap pandangan hidup yang amat bererti dalam
kalangan rakyat.
Objektif Dasar
Terdapat
tiga objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan seperti yang berikut:
1. Mengukuhkan perpaduan
bangsa dan negara melalui kebudayaan.
2. Memupuk dan memelihara
keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan.
3. Memperkaya dan
mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang
dengan pembangunan sosioekonomi.
Strategi dan Pelaksanaan Dasar
Strategi
dan pelaksanaan Dasar kebudayaan kebangsaan adalah seperti yang berikut:
1. Memulih, memelihara dan
membangunkan kebudayaan kea rah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan
melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan
perhubungan budaya.
2. Meningkatkan dan mengukuh
kepemimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat,
pendokong dan penggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan
yang berkesan.
3. Mewujudkan komunikasi yang
berkesan kearah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia.
4. Membina sosiobudaya
tempatan di seluruh negara.
5. Meninggikan taraf dan mutu
kesenian.
Dasar
ini merupakan satu usaha tegas untuk mewujudkan perpaduan dan kejiwaan
kebangsaan. Pembinaan kebudayaan ini adalah penting untuk melahirkan
nilai-nilai dinamik, progresif, demokratik dan rasional serta sayang akan
negara dalam kalangan masyarakat Malaysia. Kebudayaan berkembang mengikut
pemikiran, nilai, pandangan dan perubahan masyarakat.
No comments:
Post a Comment