Monday, 13 February 2017

 

         RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956 - 1960):


OBJEKTIF/ MATLAMAT:

  • Memajukan sektor luar bandar bagi menambahkan pendapatan penduduk luar bandar serta mengurangkan kadar kemiskinan.
  • Mempelbagaikan sumber negara.
  • Mengurangkan kebergantungan kepada sektor tertentu (khususnya getah dan timah)
PERLAKSANAAN/ KEJAYAAN:
  • Rural Industrial Development Authority (RIDA) pada tahun 1953.
  • Lembaga Kemajuan tanah Persekutuan (FELDA)
  • Kedua dua agensi kerajaan ini berperanan memajukan ekonomi luar bandar dan mempertingkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.

       RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961 - 1965) 

OBJEKTIF/ MATLAMAT   
  • Memperbaiki kemudahan asas dan infrastruktur luar Bandar.
  • Menggiatkan projek-projek pembukaan tanah dan penempatan baharu di bawah program FELDA.
  • Mempelbagaikan jenis tanaman supaya import makanan dari luar negara dikurangkan. 
  • Membantu petani-petani memasarkan hasil pertanian mereka dan mengurangkan pergantugan kepada orang tengah.  
PERLAKSANAAN/ KEJAYAAN: 
  • Penyertaan lebih ramai rakyat dalam rancangan-rancangan pembangunan.
  • Peruntukan pembangunan ditambah hampir dua kali ganda daripada peruntukan perancangan Malaysia Pertama.
  • Bilik-bilik gerakan dibuka diseluruh negara.
  • Hasilnya, purata kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 6.4% setahun. 

          RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-1970) *RANCANGAN LIMA TAHUN YANG           PERTAMA SETELAH PEMBENTUKAN MALAYSIA 
OBJEKTIF/ MATLAMAT: 
  • Memberi tumpuan kepada aspek integrasi nasional dalam kalangan penduduk Malaysia (Tanah Melayu, sabah dan sarawak).
  • Penekanan terhadap pembangunan sumber manusia dan kepelbagaian program dalam pembangunan ekonomi. 
  PERLAKSANAAN/ KEJAYAAN: 
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966. 
  • Bank Bumiputra 1967. 
  • Lembaga Penasihat Tarif dan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) 1969. 
  • Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) 1967 
       RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (1971-1975) 

OBJEKTIF/ MATLAMAT: 
  • Mengatasi dan memperbaiki ketidakseimbangan sosial ekonomi antara kaum ekoran kejadian peristiwa 13 MEI 1969. 
PERLAKSANAAN/ KEJAYAAN: 
  • Pengenalan DEB dengan matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat bagi megelakkan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
  • Menggalakan pemilikan modal saham dalam sektor koporat oleh Bumiputera sekurang-kurangnya 30% dalam tahn 1990. 
  • Penubuhan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) 1974. 
  • KDNK meningkat pada kadar 7.4% setahun, iaitu lebih tinggi daripada yang dirancangkan 6.8% setahun. 
  • Pertumbuhan beberapa sektor utama seperti pertanian (25%), pembuatan (19.3%)perdagangan (1;4.4%) dan lain-lain (10.15%).  
        RANCANGAN MALAYSIA KETIGA (1976-1980): 
OBJEKTIF/ MATLAMAT: 
  • Merupakan peringkat kedua perlaksanaan DEB. Usaha dilakukan bagi megurangkan jurang ekonomi antara wilayah dengan mewujudkan bandar-bandar baharu. 
  • Penekanan kepada isu alam sekitar dan keselamatan negara.  
PERLAKSANAAN/ KEJAYAAN: 
  • Sebanyak 28 bandar dibina dibawah rancangan KEJORA,KETENGAH,DARA pada tahun 1980. 
  • Badan-badan berkanun seperti MARA, FELDA, PERNAS, UDA, dan RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan. 
        RANCANGAN MALAYSIA KEEPMAT (1981-1985) 
OBJEKTIF/ MATLAMAT: 
  • Tumpuan diberikan kepada sektor pertanian di luar bandar. 
  • Sektor baharu diperkenalkan , iaitu sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal. 
PERLAKSANAAN/ KEJAYAAN: 
  • Penubuhan Perbadanan Industry Berat Malaysia (HICOM).
  • Membuka kawasan perindustrian baharu seperti Senawang , Skudai Bintulu, Menggatal dan likas. 
  • Membuka kawasan Perdagangan bebas seperti Bayan Lepas. 
  • Memperkenalkan program 'Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Industri (PIP) 
  • KDNK berkembang pada kadar purata 5.8%setahun.Pendapatan Perkapita meningkat sebanyak 4.4%setahun daripada RM3,171 juta pada tahun 1980 kepada RM4,609 juta pada tahun 1985. 
  • Selain itu,kereta nasional pertama 'proton saga' dikeluarkan.   
        RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (1986-1990) 
OBJEKTIF/ MATLAMAT: 
  • Mencapai perpaduan negara. 
  • Mencapai objektif DEB. 
  • Meningkatkan peranan sektor swasta dari aspek hak milik syarikat, perlesenan dan aktiviti ekonomi yang lain.
  • Meningkatkan pelaburan mata wang asing terutama sektor eksport.
  • Menggalakan sektor pertanian dan luar bandar.  
PERLAKSANAAN/ KEJAYAAN: 
  • Menekankan bidang peyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan pendapatan dan kekurangan guna tenaga. 
  • Pembangunan sumber manusia dalam aspek latihan kemahiran,pengurusan,keusahawanan,pembinaan,perhotelan dan perkapalan. 
  • Menubuhkan Peribadanan Pelancongan Malaysia. 
  • Memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.






No comments:

Post a Comment