RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956 - 1960):
OBJEKTIF/ MATLAMAT:
- Memajukan sektor luar bandar bagi menambahkan pendapatan penduduk luar bandar serta mengurangkan kadar kemiskinan.
- Mempelbagaikan sumber negara.
- Mengurangkan kebergantungan kepada sektor tertentu (khususnya getah dan timah)
- Rural Industrial Development Authority (RIDA) pada tahun 1953.
- Lembaga Kemajuan tanah Persekutuan (FELDA)
- Kedua dua agensi kerajaan ini berperanan memajukan ekonomi luar bandar dan mempertingkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.
RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961 - 1965)
OBJEKTIF/ MATLAMAT
- Memperbaiki kemudahan asas dan infrastruktur luar Bandar.
- Menggiatkan projek-projek pembukaan tanah dan penempatan baharu di bawah program FELDA.
- Mempelbagaikan jenis tanaman supaya import makanan dari luar negara dikurangkan.
- Membantu petani-petani memasarkan hasil pertanian mereka dan mengurangkan pergantugan kepada orang tengah.
PERLAKSANAAN/ KEJAYAAN:
- Penyertaan lebih ramai rakyat dalam rancangan-rancangan pembangunan.
- Peruntukan pembangunan ditambah hampir dua kali ganda daripada peruntukan perancangan Malaysia Pertama.
- Bilik-bilik gerakan dibuka diseluruh negara.
- Hasilnya, purata kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 6.4% setahun.
RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-1970) *RANCANGAN LIMA TAHUN YANG PERTAMA SETELAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
OBJEKTIF/ MATLAMAT:
- Memberi tumpuan kepada aspek integrasi nasional dalam kalangan penduduk Malaysia (Tanah Melayu, sabah dan sarawak).
- Penekanan terhadap pembangunan sumber manusia dan kepelbagaian program dalam pembangunan ekonomi.
- Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966.
- Bank Bumiputra 1967.
- Lembaga Penasihat Tarif dan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) 1969.
- Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) 1967
OBJEKTIF/ MATLAMAT:
- Mengatasi dan memperbaiki ketidakseimbangan sosial ekonomi antara kaum ekoran kejadian peristiwa 13 MEI 1969.
- Pengenalan DEB dengan matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat bagi megelakkan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
- Menggalakan pemilikan modal saham dalam sektor koporat oleh Bumiputera sekurang-kurangnya 30% dalam tahn 1990.
- Penubuhan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) 1974.
- KDNK meningkat pada kadar 7.4% setahun, iaitu lebih tinggi daripada yang dirancangkan 6.8% setahun.
- Pertumbuhan beberapa sektor utama seperti pertanian (25%), pembuatan (19.3%)perdagangan (1;4.4%) dan lain-lain (10.15%).
RANCANGAN MALAYSIA KETIGA (1976-1980):
OBJEKTIF/ MATLAMAT:
- Merupakan peringkat kedua perlaksanaan DEB. Usaha dilakukan bagi megurangkan jurang ekonomi antara wilayah dengan mewujudkan bandar-bandar baharu.
- Penekanan kepada isu alam sekitar dan keselamatan negara.
PERLAKSANAAN/ KEJAYAAN:
- Sebanyak 28 bandar dibina dibawah rancangan KEJORA,KETENGAH,DARA pada tahun 1980.
- Badan-badan berkanun seperti MARA, FELDA, PERNAS, UDA, dan RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan.
RANCANGAN MALAYSIA KEEPMAT (1981-1985)
OBJEKTIF/ MATLAMAT:
- Tumpuan diberikan kepada sektor pertanian di luar bandar.
- Sektor baharu diperkenalkan , iaitu sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal.
PERLAKSANAAN/ KEJAYAAN:
- Penubuhan Perbadanan Industry Berat Malaysia (HICOM).
- Membuka kawasan perindustrian baharu seperti Senawang , Skudai Bintulu, Menggatal dan likas.
- Membuka kawasan Perdagangan bebas seperti Bayan Lepas.
- Memperkenalkan program 'Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Industri (PIP)
- KDNK berkembang pada kadar purata 5.8%setahun.Pendapatan Perkapita meningkat sebanyak 4.4%setahun daripada RM3,171 juta pada tahun 1980 kepada RM4,609 juta pada tahun 1985.
- Selain itu,kereta nasional pertama 'proton saga' dikeluarkan.
RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (1986-1990)
OBJEKTIF/ MATLAMAT:
- Mencapai perpaduan negara.
- Mencapai objektif DEB.
- Meningkatkan peranan sektor swasta dari aspek hak milik syarikat, perlesenan dan aktiviti ekonomi yang lain.
- Meningkatkan pelaburan mata wang asing terutama sektor eksport.
- Menggalakan sektor pertanian dan luar bandar.
PERLAKSANAAN/ KEJAYAAN:
- Menekankan bidang peyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan pendapatan dan kekurangan guna tenaga.
- Pembangunan sumber manusia dalam aspek latihan kemahiran,pengurusan,keusahawanan,pembinaan,perhotelan dan perkapalan.
- Menubuhkan Peribadanan Pelancongan Malaysia.
- Memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.