Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) merupakan pembangunan dekad kedua Wawasan 2020 menumpukan kepada meningkatkan keutuhan dan daya saing negara.
Penggubalan RRJP3 telah mengambil kira penilaian semula kemajuan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) serta pengalaman yang dipelajari daripada krisis kewangan Asia tahun 1997-1998
1. Membina Bangsa Yang Berdaya Tahan
2. Memupuk Perpaduan dan Semangat Patriotik
3. Membentuk Kematangan Politik
4. Membina Masyarakat Yang Lebih Bertolak Ansur dan Penyayang
5. Meningkatkan Kualiti Hidup
6. Membina Ekonomi Yang Berdaya Tahan
7. Menggalakkan Pewujudan Masyarakat Yang Saksama
8. Penyusunan Semula Masyarakat
9. Pembasmian Kemiskinan dan Pengagihan Pendapatan
10. Pembangunan Wilayah
11. Mengekalkan Pertumbuhan Ekonomi
12. Memperkukuhkan Kedinamikan Sektor-Sektor
13. Menggalakkan Pelaburan Swasta Dalam Negeri
14. Meneruskan Dasar Fiskal dan Kewangan Yang Berhemat
15. Memperkukuhkan Sektor Perbankan
16. Meluas dan Mendalamkan Pasaran Modal
17. Mengukuhkan Peyeliaan Korporat
18. Menghadapi Persaingan Antarabangsa
19. Meningkatkan Produktiviti
20. Memperkukuhkan S&T dan P&P
21. Membangunkan Keupayaan Keusahawanan dan Keusahawanan Teknologi
22. Membangunkan Syarikat Bertaraf Dunia
23. Membangunkan PKS Tempatan
24. Mewujudkan Sektor Awam Bertaraf Dunia
25. Membangunkan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan
26. Memperkukuhkan Pembangunan Sumber Manusia
27. Generasi Belia Yang Berdaya Tahan
28. Meningkatkan Peranan Wanita Dalam Pembangunan
29. Meneruskan Pembangunan Alam Sekitar Yang Mampan
30. Pendekatan dan Strategi Yang Bersepadu
31. Mengurangkan Intensiti Pencemaran
32. Meningkatkan Penggunaan Instrumen Ekonomi
33. Piawaian Prestasi Alam Sekitar
PENUTUP
Bagi memastikan kejayaan RRJP3, perlu terdapat komitmen sepenuhnya daripada semua rakyat, perubahan cara pemikiran dan ada rasa kesegeraan untuk bertindak memandangkan negara akan berhadapan dengan persaingan yang semakin hebat pada masa hadapan.
Sunday, 29 January 2017
4.1.2 RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG (RRJP) DAN RANCANGAN MALAYSIA
RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG PERTAMA (RRJP) 1971-90
PENDAHULUAN
- Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP), 1971-90, menggariskan rangka sosio-ekonomi yang menyeluruh bagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)
- Dalam tempoh RRJP1, empat rancangan pembangunan lima tahun telah dilaksanakan (RMK2, RMK3, RMK4 dan RMK5)
TUJUAN DAN MATLAMAT RRJP1
DASAR EKONOMI BARU
Matlamat utama penggubalan DEB ialah untuk mencapai perpaduan negara dan membangunkan satu bangsa melalui strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Strategi serampang dua mata DEB yang kedua pula bertujuan untuk menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Teras utama strategi kedua DEB ini ialah untuk menyusun semula corak guna tenaga supaya menggambarkan komposisi penduduk berbagai kaum di negara ini untuk semua sektor dan semua peringkat pekerjaan dalam ekonomi.
RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KEDUA (1991-2000)
MATLAMAT : Perpaduan Negara
PRINSIP : Pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama
Strategi asas :
1) Membasmi kemiskinan
2) Menyusun semula masyarakat
FOKUS STRATEGI :
1) Membasmi kemiskinan
2) Menyusun semula masyarakat
FOKUS STRATEGI :
- Mengalih tumpuan membasmi kemiskinan kepada membasmi kemiskinan di kalangan golongan termiskin di samping mengurangkan kemiskinan relatif.
- Mewujudkan gunatenaga dan pembangunan pesat sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustriaan Bumiputera (MPPB) bagi menjamin penyertaan Bumiputera yang lebih bermakna dalam sektor moden.
- Meningkatkan pembabitan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat melalui pengwujudan peluang lebih luas untuk sektor berkenaan berkembang.
- Menumpukan kepada pembangunan sumber manusia sebagai asas penting bagi mencapai matlamat pertumbuhan dan pengagihan yang saksama.
Friday, 27 January 2017
PEMBANGUNAN NEGARA
4.1 RANCANGAN DAN VISI PEMBANGUNAN
4.1.1 RANCANGAN PEMBANGUNAN EKONOMI
Secara umumnya, sejarah perancangan pembangunan ekonomi Negara boleh dibahagikan kepada tiga fasa utama, iaitu :
- Perancangan zaman sebelum merdeka
- Perancangan zaman selepas merdeka
- Perancangan selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru
Subscribe to:
Posts (Atom)